|
|
Wednesday, April 21, 2004
|
Assalamualaikum,
Sedang membaca artikel2 di internet, saya tertarik dengan satu artikel mengenai 'Produk Tiruan'.
"PADA November 2003, seorang pemuda di Bangkok, Thailand cedera apabila bateri telefon bimbit ``berjenama'' yang dibelinya tiba-tiba terbakar dan meletup. Beliau agak bernasib baik kerana pelindung telefonnya telah berjaya menyelamatkannya daripada cedera parah.
Bagaimanapun, nasib lebih buruk menimpa seorang budak lelaki berusia 18 tahun di Kedah.
Dia mengalami keadaan separuh buta selepas terkena serpihan bateri telefon bimbitnya yang meletup secara tiba-tiba ketika dicaj di rumahnya.
Dua kes di atas adalah antara contoh kejadian buruk dan igauan ngeri yang dialami akibat penggunaan barangan tiruan.
Tentunya banyak lagi kes-kes yang melibatkan ke san penggunaan barangan tiruan yang tidak dilaporkan."
Diharap kisah di atas dapat memberikan sedikit sebanyak pengajaran kepada kita. Secara tidak sedar, rupanya ada bahayanya barang2 tiruan yang kita beli. Utamakanlah kesihatan anda berbanding nikmat dunia yang hanya dikecapi sementara ini.
Bercakap mengenai kesihatan, teringat dengan satu hadis di mana ia menyatakan :
Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara. Rasanya semua tahu hadis ni kan... salah satu perkara yang disebutkan adalah sihat sebelum sakit..Apa rasionalnya? Sekiranya kita sihat, maka mudahlah bagi kita untuk menunaikan segala yg diperintahkan oleh Allah kepada kita. Janganlah bila kita dah sakit nanti, baru kita ingat Allah. Sentiasalah mengingati Yang Esa setiap masa. Sekiranya kita senantiasa mengingatiNya, nescaya pasti Dia akan senantiasa mengingati kita.
Wassalam. |
posted by toriq @
12:59
|
|
|
|
About Me |
Name: toriq
Home: Kajang, Malaysia
About Me: I like to be me.
See my complete profile
|
Previous Post |
- Assalamualaikum,
Firstly, minta maaf banyak2 la k...
- assalamualaikum,
weekend yang lepas, i went to st...
- Assalamualaikum,
Kehidupanku hari ini sama sahaja...
- Assalamualaikum,
Today was a very busy day for me...
- Assalamualaikum,
Semoga pelawat2 sekalian dapat m...
- Assalamualaikum,
Hari ni start kelas yang pertama...
- Assalamualaikum,
I have just uploaded my pictures...
- Assalamualaikum,
Hari ni baru jer updatekan ruan...
- Assalamualaikum,
My academic term is going to sta...
- HAPPY BIRTHDAY KAKZAH !!!!
Assalamualaikum,
Tod...
|
Archives |
|
Credit |
Isnaini
|
|