Welcome to toriq's blog

Membangun Bersama Islam

 
Song of the day

Mawlay - Muhammad al-Husayyan

Tagboard
Last Comments
Friends

Ihab

Hata

Nad

Yasmin

Khalique

Fauzan

Syazwan

MiruL

Acap

Atoy

Leman

Ipe

Joned

Hazri

Kuzer

Halal dan Haram
Monday, January 15, 2007
Ana tak tulis bende nih... ana dapat kat torrentmalaya punya website.. sebab bende nih baik, ana pun nak share la dgn sumer org... Penulis dia bobgate, member TM.. ana pun tak kenal.. apa2pun, kalau benda elok, baik disebar2kan ye tak? So, silalah baca...
_____________________________________________________________________________________

Halal dan Haram

Minggu lepas, aku ade menonton rancangan tu..kebetulan takde rancangan yg
best, bila bukak je channel tv1, aku ternampak ustaz zawawi (bekas
pensyarah aku) jadi ahli panel...termasuk fauziah nawi & nazrey
raihan...terus aku terlekat...tajuknya Hiburan...Jalan ke....? spt biasa,
di hoskan oleh rosyam nor

Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal
malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa
hiburan...contohnya , si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup
dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive...tambahan pulak,
memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk
kita berhibur

Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada
pergaulan bebas..tidak melalaikan..
Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua...rosyam
tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, fauziah jadi ibu..sudah
tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu..
fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu
& anak...beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik...nak tunjukkan
kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya...

Then, ustaz zawawi balas balik...niat tidak menghalalkan cara...walau
sebaik mane niat kita itu, tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan
jadi haram ler...walaupun sekadar lakonan..tapi kedua-dua pelakon tersebut
bukanlah muhram, yakni halal berkahwin... maka mereka sememangnya tidak
boleh sedemikian.
Byk cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu
& anak...di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga tidak menunjukkan
sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi
filem yg berjaya & merangkul anugerah.

kedua, ustaz zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup
aurat...jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu...

ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang tidak mengikut syariah
adalah haram...maka melentinglah sekajap si fauziah nawi tu...dia kata,
hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia,
tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb....Ustaz
zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape,
bukannya dia belanjakan kearah mane...jika rezeki itu hasil lakonan yg ade
sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya...maka akan jadi
haram ler...

kemudian, fauziah nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh
berlakon lagi lah...sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga
dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan...lagipun
dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh Allah utk berlakon...bukan
semua org ade bakat utk berlakon...

maka jawab ustaz zawawi...beliau masih boleh berlakon...sptmane ustaz
zawawi sebut sbl ni, ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal
tu...

Sebut ustaz zawawi lagi...kita perlukan perubahan minda dikalangan semua
penggiat seni...baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip,
pelakon, penyanyi, penganjur dsb...mestilah mencari jalan bagaimana untuk
menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya...memang ade
caranya...kenalah berusaha..

Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut...ape2 hal pun, aku ucapkan
tahniah buat ustaz zawawi & nazrey raihan kerana mempertahankan haram tetap
haram...halal tetap halal...

Maka ape lagi wahai artis-artis malaysia? Sudah terang lagi
bersuluh...carilah hiburan yg halal...tinggallah hiburan yg haram...kerana
rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya...
Bukan ke malaysia skrg ni diisytihar negara islam hadhari? jadi carilah
jalan bagaimana nak jadi artis islam hadhari...bukannya had-hari...hanya
islam masa bulan puase shj...bulan yg lain..????
posted by toriq @ 15:44  
 
About Me

Name: toriq
Home: Kajang, Malaysia
About Me: I like to be me.
See my complete profile
Previous Post
Archives
Credit

Isnaini