Welcome to toriq's blog

Membangun Bersama Islam

 
Song of the day

Mawlay - Muhammad al-Husayyan

Tagboard
Last Comments
Friends

Ihab

Hata

Nad

Yasmin

Khalique

Fauzan

Syazwan

MiruL

Acap

Atoy

Leman

Ipe

Joned

Hazri

Kuzer

Qada' dan Qadar
Saturday, July 08, 2006
Sila ikuti perbincangan ini dan tulis la komen apa2 yang patut.

Assalamualaikum Dr Danial.

Saya mempunyai soalan tentang Takdir dan ketentuan. Kekeliruan yang merupakan persoalan kecil sahaja tetapi telah menimbulkan kekeliruan dikalangan beberapa rakan saya. Mereka menanyakan tentang soalan sebegini "sekiranya Qada' Qadar, telahpun ditetapkan perjalanannya oleh Allah, bagaimanakah hal membunuh diri? Adakah hal membunuh diri itu juga merupakan hal yang telah ditetapkan?. Sedangkan Islam menegah manusia membunuh diri yang secara halusnya seakan-akan menunjukkan bahawa kita berkemampuan untuk menentukan perjalanan kematian itu sendiri. Tidakkah itu bertentangan Islam bahawa kematian itu ditangan Allah". Saya amat bimbang dengan soalan itu dan saya telah berjanji untuk mencari jawapan bagi sahabat saya itu. Bolehkah tuan membantu saya?

Sekian dari Skid.

JAWAPAN DR DANIAL:

Memahami konsep Qada dan Qadar dengan betul akan membantu kecemerlangan anda. Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Contohnya, adakah Allah telah menetapkan seseorang akan membunuh diri dan dia tidak dapat mengelakkan dirinya dari kejadian itu? Syed Sabiq di dalam kitabnya 'Al-Aqaid Al-Islamiyah' berkata: "Imam Al-Khathabi telah berkata: 'Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..' Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu sendiri.

Hal ini dapat dikiaskan dengan seorang pakar bedah yang telah memeriksa pesakitnya yang mengadu demam dan sakit perut selama beberapa hari. Berdasarkan ilmu dan penelitian, pakar itu, walaupun belum lagi melihat apendiks pesakit yang berkenaan, telah merumuskan pesakit itu sebenarnya sedang menghidap penyakit radang apendiks. Beliau pun terus melakukan pembedahan dan memang benar, apendiks pesakit yang berkenaan telah bernanah dan perlu dibuang. Boleh kah kita menghukum pakar bedah ini sebagai penyebab pesakit itu menghidap penyakit radang apendiks semata-mata kerana beliau dapat mendiagnosis dengan tepat? Sudah tentu tidak. Demikianlah juga dengan Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. PengetahuanNya yang tanpa batas bukan bermaksud pemaksaanNya ke atas hamba-hambaNya.

(Jawapan diambil dari "Empayar Minda Muslim" oleh Dr Danial). Semoga bermanfaat.
posted by toriq @ 12:09  
 
About Me

Name: toriq
Home: Kajang, Malaysia
About Me: I like to be me.
See my complete profile
Previous Post
Archives
Credit

Isnaini