Welcome to toriq's blog

Membangun Bersama Islam

 
Song of the day

Mawlay - Muhammad al-Husayyan

Tagboard
Last Comments
Friends

Ihab

Hata

Nad

Yasmin

Khalique

Fauzan

Syazwan

MiruL

Acap

Atoy

Leman

Ipe

Joned

Hazri

Kuzer

Sirah: Cerita Nabi Nuh
Friday, May 26, 2006

Tadabbur 1

Setelah hampir 1000 tahun menyampaikan ayat-ayat Allah, Nabi Nuh a.s akhirnya mengadu kepada Allah swt tentang sikap kaumnya. Lalu, Allah swt memerintahkan agar Nabi Nuh a.s membina kapal.

Kedegilan kaum Nuh ini digambarkan oleh Allah swt dalam surah Nuh, ayat 7:

Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat-sangat menyombongkan diri

Sebagai seorang hamba Allah yang bertaqwa, Nabi Nuh a.s terus mempersiapkan kelengkapan untuk membina kapal di tengah-tengah daratan yang luas.

Sekiranya Nabi Nuh mengutamakan logik akal semata-mata, sudah tentu suruhan Allah itu dipersendakan seperti apa yang berlaku hari ini. Bayangkan, sebuah kapal besar dibina bukan di Pelabuhan Kelang, tetapi jauh di Cyberjaya.

Nabi Nuh as ditertawakan kaumnya. Nabi Nuh bodoh. Nabi Nuh gila. Nabi Nuh hilang akal. Nabi Nuh orang yang pelik. Nabi Nuh itu. Nabi Nuh ini. Terguling-guling kaum Nabi Nuh ketawa menggelakkan perbuatan Nabi Nuh yang tidak masuk dek akal itu.

Tetapi Nabi Nuh as tidak peduli semua itu. Dia tetap bersabar membina kapal seperti yang telah disuruh Allah swt.

Sikap kaum Nabi Nuh ini wujud sampai hari ini. Islam jumud. Islam pelik. Islam mundur. Islam ganas. Islam itu. Islam ini. Bergelak ketawa mereka yang anti Islam membuat pembentangan isu bertaraf "antarabangsa" yang isinya hanya memperlekehkan hukum Syariat Allah swt.

Sehinggalah tiba saat Allah menenggelamkan bumi, Nabi Nuh as telah pun di atas kapal bersama orang-orang yang beriman. Lalu, apabila dilihat anaknya sedang mencari tempat perlindungan, Nabi Nuh pun mengajak anaknya untuk bersamanya di atas kapal. Tetapi dijawablah oleh anaknya (Hud:43) :

Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang". Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.

Akhirnya, kapal Nabi Nuh as ini berlabuh di atas Bukit Judi.

Dipetik dari blog pakdi.. Nak tahu ulasan pakdi? sila ke blog pakdi di http://blog.pakdi.com/ :D

posted by toriq @ 12:17  
 
About Me

Name: toriq
Home: Kajang, Malaysia
About Me: I like to be me.
See my complete profile
Previous Post
Archives
Credit

Isnaini