|
2nd Hadith of Imam Nawawi's Forty Hadith (Part 1) |
Saturday, April 29, 2006
|
Assalamu'alaikum and hello to all readers,
Today I would like to write about the above topic which was discussed in my usrah group yesterday. Well, I think all of my readers are malaysians, so, I think it's ok to write in Malay. But if there's a request to write in English, then, I will do so for my next entries... :D (I will translate this article if anyone wants me too)
Start here:
Ok, di bawah nih saya nak recall balik apa yang telah dibincangkan di dalam usrah malam tadi. Tajuk utama malam tadi adalah berkenaan dgn hadis ke-2 dalam buku hadis 40 karangan Imam Nawawi. Dalam Hadis tersebut, terdapat 4 perkara pokok iaitu Islam, Iman, Ihsan dan tanda2 hari Akhirat. Mari kita kupas satu persatu.
Islam
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Si pemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Si pemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku si pemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
------------------------------------------------------------------------------------------------
Telah dibincangkan di dalam usrah tersebut bahawa, untuk seseorang itu menjadi seorg Muslim yang baik, maka mereka perlulah menepati ciri2 dalm hadis tersebut, iaitu rukun2 Islam. Rasanya semua orang hafal rukun Islam, ye tak? Namun, sekiranya seseorg itu melaksanakan rukun Islam yang pertama, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, maka mereka sudah dikira Islam. Walaupun mereka lalai daripada beribadat kepada Allah, tidak solat 5 waktu, tidak menunaikan zakat dan puasa, mereka tetap Islam. Siapakah kita untuk mengatakan mereka kafir?
Namun, penceramah mengigatkan kami semua bahawa memang ada hadis yang mengatakan kafir sesorg muslim itu sekiranya dia tidak memelihara solatnya dan tidak menunaikan zakat, namun, lebih elok kiranya kita kategorikan golongan ini sebagai mengkufuri nikmat Allah. Biarlah Allah yang menentukan seseorang itu Islam atau Kafir.
Mari kita kupas lagi tentang rukun Islam yg pertama ini kerana pada pendapat saya, mengucap dua kalimah syahadah adalah satu perkara yang paling penting sekali dalam hidup kita. Kerana sedar atau tidak, kita boleh jatuh syirik tanpa kita sedari samada melalui perbuatan/perkataan atau hati kita. Sebab itulah kita solat 5 kali sehari, jadi dengan ini, kita sentiasa memperbaharui syahadah kita.
Dengan mengakui bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, pasti kita akan zahirkan dengan perbuatan kita dengan melakukan amalan2 yang disuruh oleh Allah seperti Solat, Puasa, Zakat dan sebagainya. Islam mengajar kita agar sentiasa berbuat kebaikan dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini.
Di akhirat kelak, mulut kita akan dikunci, dan anggota badan kita yang akan menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t. Marilah kita sama2 menjaga tingkah laku kita dari sekrg. Namun, perlu diingat, bukan hanya perbuatan sahaja yang akan dipersoalkan, malah segala apa yang diucapkan oleh kata juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Ada satu hadis ke falsafah mengatakan, Berkatalah benar atau baik2 dalam pertuturan seharian, dan sekiranya tidak boleh, maka baiklah berdiam diri. Andaikata manusia mengetahui/ingat bahawa lidah juga akan dipertanggungjawabkan sama seperti perbuatan di Hari Qiamat kelak, nescaya manusia akan lebih banyak berdiam diri.
Sekiranya kita renung balik kehidupan seharian kita, berapa bnyk kali kita laser2 org, mungkin org tuh sakit hati tanpa disedari. Berapa banyak kali kita mengumpat org? berapa banyak kali kita menyakitkan hati org? Berapa banyak kali kita berzikir? Ingatlah, malaikat Raqib dan Atid yang berada di bahu kiri dan kanan kita akan sentiasa menulis semua bende yang telah kita tuturkan. Maka, berhati2lah dalam pertuturan.
Saya ingin akhiri entry pada kali ini dengan memberikan 3 kategori umat Islam: 1. Org yg munafik 2. Orang yang sekadar mengucap dua kalimah syahadah tetapi jarang sekali mengigati Allah (org Islam kebanyakan..termasuklah kita2 yang lemah nih.. :( ) 3. Orang yang mengucap dua kalimah syahdah dan mempunyai God Consciousness yang tinggi. Inilah golongan para anbiya', auliya', siddiqin dan solihin, di mana mereka sentiasa menyedari bahawa Allah sentiasa berada bersama2 mereka dan Allah sentiasa melihat mereka ke mana sahaja mereka pergi dan di mana sahaja mereka berada.
Marilah kita bersama2 berdoa kepada Allah agar digolongkan dalam golongan yang ke-3. Amiin..
Oh, teringat saya kisah Saidina Umar yg memasuki Islam. Kisahnya bermula apabila Saidina Umar mengetahui bahawa adik perempuannya telah memeluk agama Islam. Betapa marahnya Saidina Umar lalu terus pulang ke rumah dan mendapati bahawa adiknya sedang membaca Al-Quran di atas helaian kertas/pohon tamar?. Lalu Saidina Umar yang terkenal dgn ketegasan menampar pipi adiknya itu. Dikatakan sampai berdarah adik Saidina Umar. Jadi, Saidina Umar pun berasa bersalah kepada adiknya. Lalu, untuk memujuk adik perempuannya itu, maka Saidina Umar pun membacalah Al-Quran yang dibaca oleh adik perempuannya itu. Pada mulanya, Saidina umar hanya membaca Al-Quran kerana ingin memujuk adiknya, namun, apabila dia membaca sahaja Al-Quran tersebut, terus dia berasa bahawa inilah kebenaran. Dia terasa ayat2 Al-Quran tersebut benar2 menawan hatinya dan menusuk kalbunya. Lalu, pergilah ia menjumpai Rasulullah and utk meringkaskan cerita, dia pun memeluk agama Islam. Takbir! Allahuakbar!
Jadi, boleh lah kita ambil iktibar di sini bahawa kalau kita nak menarik org kafir memasuki Islam, berilah Al-Quran kepada mereka. Berapa banyak sudah kisah bagaimana orang kafir memasuki Islam hanya dengan membaca Al-Quran (translation) sahaja. SubhanALLAH. Maha Suci Allah.
Maaf sebab dah berceloteh panjang sangat. Next entry akan mengupas lebih lanjut tentang sambungan hadis ini iaitu tentang Iman, Ihsan dan tanda2 hari Qiamat.
Salam, toriq |
posted by toriq @
11:45
|
|
|
|
About Me |
Name: toriq
Home: Kajang, Malaysia
About Me: I like to be me.
See my complete profile
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Credit |
Isnaini
|
|