Welcome to toriq's blog

Membangun Bersama Islam

 
Song of the day

Mawlay - Muhammad al-Husayyan

Tagboard
Last Comments
Friends

Ihab

Hata

Nad

Yasmin

Khalique

Fauzan

Syazwan

MiruL

Acap

Atoy

Leman

Ipe

Joned

Hazri

Kuzer

Berdoa Agar Mati Segera
Saturday, April 15, 2006

Berdoa Agar Mati Segera

Ikutilah perbualan mengenai topik di atas.

Abdul Rahman Al-Asfuri : Dalam keadaan-keadaan yang tertentu bolehkah kita berdoa kepada Allah supaya kita dimatikan dengan segera?

Muhammad Syazwan : Saya pernah terbaca satu buku yg mengatakan apabila seseorang itu apabila hidupnya makin melarat seperti sakit yg begitu teruk sehingga tiada penawar, dan kalau hidup pun makin membebankan dirinya dan orang lain, dibenarkan memohon doa kepada Allah meminta mati.

Wallahu'alam bissowab

Abu Musa Al-Muari : Assalaamu'alaikum;

Adik syazwan jangan pandai2 keluarkan hukum dalam masalah yang merbahaya macam ni kerana kalau ada yang doa minta mati dengan berpegang dengan kata2 syazwan maka syazwan dapat dosa kerana menggalakan orang berbuat perkara yang salah dan dilarang oleh nabi saw.

Pernah nabi saw dengar sahabat doa supaya dipercepatkan azab akhiratnya di dunia ini maka nabi saw marah dan memerintahnya supaya baca doa Raabanaa atinaa fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah wa qinaa 'azaabannaar.

Yang adik syazwan maksudkan mungkin doa nabi saw yang maksudnya "ya
Allah jika Engkau tahu hidupku lebih baik dari matiku maka jadikanlah hidupku penuh dengan keberkatan tapi jika Engkau tahu yang matiku lebih baik dari hidupku maka buatlah yang terbaik untukku
" doa begitu tidak salah kerana kita serahkan pada Allah swt bukan kita minta mati, kalau oerhati betul2 maka kita akan nampak perbezaannya.

Wallahu a'lam bissowaab

Mohd Saipuddin bin Mat Yunus : doa tersebut berbunyi begini: "Allahumma ahyini ma kanatil hayatu khairali wa tawaffani iza kanatil wafatul khairali" maksudnya ya Allah hidupkan aku jika sekiranya hidup itu baik untukku dan matikan aku sekiranya mati itu baik buatku

Muhammad Syazwan : Bukan memandai, tapi ada soal-jawab kat akhbar ke majalah.. Tak ingat! Yg tanya tu, orang ramai kepada ustaz/ustazah. Jadi ustaz/ustazah tu berikan jawapan dia lebih kurang macam tu.

Abu Musa Al-Muari : Assalaamu'alaikum;

Maafkan saya...jangan marah...saya tahu adik syazwan adalah orang yang baik..mesti tak marah dengan perkara begini. Inilah masalah kita sekarang,ramai yang menasabkan diri sebagai ustaz atau ustazah tapi tidak mendlami ilmu sepertimana yang sepatutnya dan sepertimana ulama2 dahulu atau paling kurang pun macam tok2 guru dahulu, setakat ada sijil agama dah kira keluar semua hukum.
Sebenarnya walaupun dah jadi ustaz atau ustazah kena juga buka2 kitab kerana ilmu yang tidak diulang2 mudah hilang dari ingatan.

Semoga Allah membaiki ehwal kita semua.

Wallahu a'lam bissowaab

Feel free to give your opinion.. Salam.. May God bless us!

posted by toriq @ 22:52  
 
About Me

Name: toriq
Home: Kajang, Malaysia
About Me: I like to be me.
See my complete profile
Previous Post
Archives
Credit

Isnaini