As'kum/hello everyone,
Entry ini kutujukan khas kepada best friend aku yang sekrg nih sedang belajar medicine di Ireland. Sesungguhnya, semoga persahabatan kita berkekalan walaupun ko dah nak kahwen dah. Semoga perkahwinan ko bahagia abadi selamanya. Bilalah time aku nak kahwen nih~~. haha~~
Kad muka depan kahwen
Nama best fren aku nih Azlan Helmy Abdul Samat. Aku panggil dia Lan. Kalau nak cakap pasal dia nih, rasanya seratus ribu ayat pun tak cukup. Mana taknya, budak nih sangat berbakat dari segala segi. Aku dapat merasakan yang dia nih bakal memegang pucuk pimpinan negara suatu hari nanti. So, lan, kalaulah ditakdirkan yang ko sampai ke tahap tuh, sila sentiasa berpegang dgn syariah Islam! Jadilah pemimpin yang adil.. tu jer nasihat aku.. hehe.. Buat pengetahuan ahli2 GUBU sekalian, dia nih sek men di SMAP Kajang, sekali dgn Ihab.. Ihab pun sangat berbakat jua~ agak2nya sumer budak SMAP Kajang hebat2 balaka.. hehehe...
Me, lan, tomok, chelop and ihab. Lokasi: Calton Hill, Edinburgh
Dia nih memang best friend aku sehidup semati. Harap2 persahabatan kita berkekalan. Kepercayaan aku kat dia mmg 100%. Boleh ker percaya kat org 100%? Hmm. aku kurangkan sket.. 99.9%.. hehe.. sebab tuh aku kata kawan sehidup semati... Keluarga aku boleh la 100%.. kawan2 rapat 99.9% jer.. hahaha.. well, bukan dia sorg jer sebenarnya best fren aku.. banyak lagi.. sebagai contoh, sumer org dalam gambar kat atas aku anggap sebagai kawan sehidup semati.. :D
Kad jemputan kahwen~~
Lan telah berpesan kepada aku untuk menjemput semua rakan2 kmys dan semua yang mengenali dirinya untuk hadir di majlis pekahwinannya. Lan, sorry sangat2 sebab tak dapat hadir. Aku nyer class tahun depan starts 3rd July.. so, camner aku nak hadir, kan? Minta maaf sangat2.. hehe.. Tapi, lan kata, nanti dia datang edinburgh kena bagi hadiah perkahwinan.. Haha.. nak bagi hadiah apa ek? Sila bagi cadangan please~~
Lan di Loch Lomond, Scotland
Bak kata syazwan kat blog dia, ada org hargai persahabatan kita, tapi, kita tak hargai persahabatan dia. Rasanya bende nih memang berlaku. Ini maybe sebab semasa berkawan, kita tak berterus terang. Sebab tuh la jadi camtuh. Tapi, persahabatan aku dgn lan bukan macam tuh. Masing2 menghargai persahabatan yang terjalin. Biarlah bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Aku doakan semoga lan bahagia hendaknya. Paling penting bahagia di akhirat. Lan, jangan lupa doakan aku juga. (Doakan aku cepat kahwen ok?)
Kad kahwen~ semoga kekal abadi..
Aku akhiri entry nih dengan mengucapkan tahniah kepada lan kerana sudah sampai waktunya berumah tangga. Ini juga merupakan sunnah Rasulullah. Semoga menjadi suami yang soleh. Jangan pukul isteri atau dera atau segala2nya. Hehe. Aku yakin ko tak buat camtuh. Semoga mahligai indah yang terbina akan utuh dgn nilai2 murni Islam.
Waaaa.... Nak kahwennnnnnnnnn~~
Salam, toriq
|