Welcome to toriq's blog

Membangun Bersama Islam

 
Song of the day

Mawlay - Muhammad al-Husayyan

Tagboard
Last Comments
Friends

Ihab

Hata

Nad

Yasmin

Khalique

Fauzan

Syazwan

MiruL

Acap

Atoy

Leman

Ipe

Joned

Hazri

Kuzer

Introduction
Wednesday, February 07, 2007
Assalamu'alaikum,

Dewasa ini, isu wahabi semakin berleluasa di kalangan umat Islam. Org itu tuduh org ini wahabi, orang sana tuduh orang sini wahabi. Perkara ini amat menyedihkan saya. Apalah nak jadi dgn orang Islam. Semakin hari semakin berpecah. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w menyeru kepada perpaduan? Kenapa kita perlu sampai bermusuhan apabila ingin membincangkan tentang sesuatu perkara e.g. bid'ah sehingga membawa kepada pertuduhan dan fitnah?

Saya sendiri langsung tidak bersetuju 100% dengan aliran wahabi. Aliran wahabi inilah yang sebenarnya membawa perpecahan di kalangan umat Islam. Ada ke patut orang nak buka majlis dgn Al-fatihah dan tangguh dgn tasbih kaffarah + surah al-'asr pun dihalang? Wajarkah orang yang ingin menggunakan tasbih untuk berzikir dikatakan masuk neraka? Ini baru hal2 bid'ah. Bagaimana pula dengan isu shi'ah, di mana puak wahabi ini menghalalkan darah orang2 shi'ah. Adakah tindakan ini wajar? Orang shi'ah juga orang Islam. Ulamak2 sunni zaman sekrg ada yg mengatakan bahawa selagi seseorg shi'ah itu mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH, maka dia adalah Islam. Jadi, wajib ke atas kita org Muslim untuk menunaikan hak2 sesorg Muslim yang lain, walaupun dia seorg shi'ah, kerana dia juga beragama Islam.

Ingin saya petik Hadis ke-35 karangan Imam Nawawi bertajuk " The Rights of Brotherhood in Islam"

On the authority of Abu Hurairah, who said : the messenger of Allah said : "Do not envy one another; do not inflate prices one to another; do not hate one another; do not turn away from one another; and do not undercut one another, but be you, O servants of Allah, brothers. A muslim is the brother of a muslim: he neither oppresses him nor does he fail him, he neither lies to him nor does he hold him in contempt. Piety is right here-and he pointed to his breast three times. It is evil enough for a man to hold his brother muslim in contempt. The whole of a muslim for another muslim is inviolable: his blood, his property, and his honor." Related by Muslim.

Jadi, janganlah kita senang2 nak tuduh orang ni wahabi org tuh wahabi dsb sebab kalau dakwaan kita salah, bukankah ianya sudah menjadi satu fitnah? Lainlah kalau dia mmg dah mengaku yang dia wahabi, jadi, kalau tang tu memang kita takleh buat apa2 lagi dah.

Dalam isu bid'ah, terdapat 3 golongan.

1. Golongan yang sangat longgar terhadap perkara2 bid'ah.
2. Golongan yang sangat ketat terhadapat perkara2 bid'ah. (e.g. wahabi)
3. Golongan yang berada di tengah2, tidak memandang ringan terhadap isu bid'ah, dan tidak pula terlalu ketat dalam melaksanakan amalan2 agama.

Pada pendapat saya, kita tidak boleh memandang ringan terhadap perkara2 bid'ah ini, jadi kita kena elakkan diri kita daripada tergolong dalam golongan pertama. Namun, kita juga tidak boleh terlalu rigid, sehingga menghukum sesuatu amalan agama itu adalah satu bid'ah tanpa usul periksa. Sebaiknya, marilah kita berada di dalam golongan yang ketiga, golongan yg berada di tengah2.

Bagaimana caranya untuk menjadi orang yg tergolong di dalam golongan ketiga? Untuk tujuan ini, pertamanya, kita perlulah memahami konsep bid'ah. Apakah yang dimaksudkan dengan bid'ah? Bolehkah kita menjawab dengan tepat sekiranya soalan ini ditujukan kepada kita?

Yang keduanya, kita perlu tahu mengapa bid'ah itu bahaya. Bid'ah mmg bahaya, telah disebut di dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi. Kalau orang tanya kita kenapa bid'ah bahaya, boleh ker kita jawab? Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah menyebut perihal bid'ah, jadi mengapa baginda s.a.w begitu mengambil berat mengenai hal bid'ah ini?

Fikir2kanlah....

Salam,
toriq
posted by toriq @ 17:20  
 
About Me

Name: toriq
Home: Kajang, Malaysia
About Me: I like to be me.
See my complete profile
Previous Post
Archives
Credit

Isnaini