Welcome to toriq's blog

Membangun Bersama Islam

 
Song of the day

Mawlay - Muhammad al-Husayyan

Tagboard
Last Comments
Friends

Ihab

Hata

Nad

Yasmin

Khalique

Fauzan

Syazwan

MiruL

Acap

Atoy

Leman

Ipe

Joned

Hazri

Kuzer

More Dunya', More Problems
Tuesday, June 26, 2007
Assalamua'laikum to all readers,

It has been a long time since I updated this blog and here I am now, writing a piece of advice to me especially, and to everyone who could benefit from it. I created this blog a few years back just for one reason: as a platform to remind myself about ISLAM so that I can hold tight to the Rope of ALLAH (which is VERY VERY DIFFICULT to do these days). I hope that others would gain something from it too.

Anyway, malam tadi, saya pergi mendengar ceramah di surau yang disampaikan oleh Ustaz Ismail K. Walaupun cara penyampaiannya lembut dan bersahaja, tetapi isi2 yang disampaikan meresap masuk ke dalam setiap hati yang mendengarnya. Namun, apakan daya. Kita kan manusia. Lemah. Masa tu jer insaf, lepas tuh pasti akan lupa balik dalam masa beberapa saat sahaja. Sebab itulah saya nak tulis kat sini mengenai isi ceramah tersebut sebab kalau saya lupa, boleh lah saya rujuk kat sini semula.

Ustaz Ismail kata, zaman sekrg nih masa berlalu dengan cepat sekali. Seminggu macam sehari , sehari pula terasa macam sejam sahaja. Lalu dibacakan la hadis yang berbunyi:

"Tidak akan datang Hari Kiamat melainkan sehingga masa menjadi pendek, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam pula seperti percikan api"

Rasanya semua pernah mendengar hadis ini. Dan pasti semua akan bersetuju dengan statement hadis tersebut. Memang saya pun terasa masa berlalu semakin hari semakin cepat. Tapi, kenapa perkara ini berlaku?

Ustaz Ismail menjelaskan lagi, ini kerana manusia zaman sekarang semakin jauh daripada Allah. Fikirkan perkara2 yang kita lakukan setiap hari. Bila kita sembahyang lima waktu, lima/sepuluh minit yang kita ambil terasa lama. Ataupun bila kita mendengar ceramah, sejam tuh kita rasa lama sangat. Siap dalam hati meronta2 "bila la nak habis nih". Ataupun apabila kita berpuasa, terasa lama, menunggu2 bila kita akan berbuka puasa, dan bila kita akan menyambut Aidil Fitri. Namun, apabila kita buat hal dunia, misalnya menonton tv, main game, main internet, sejam pun kita tak perasan.

Astaghfirullah, beristighfar lah banyak2 kepada Allah. Selama nih, rupanya saya memang dah lalai dgn dunia. Patutlah saya merasakan masa itu berlalu dengan cepat. Rupa2nya, sedikit sangat masa yang saya luangkan untuk beribadat kepada Allah. Sedar tak sedar, semakin hari semakin jauh saya daripada Allah. Na'uzubillah. Saya tak mahu jauh dari Allah lagi. Sekarang, saya mahu merapatkan lagi jurang tersebut. Semoga Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya kepada saya, ibu bapa saya, keluarga dan seluruh umat Islam.

Itulah pentingnya mendengar ceramah2 agama ni. Ia akan mengigatkan kembali siapa kita dan apa tujuan kita hidup di muka bumi ALLAH ini. Saya pun dah lama sangat2 tak pergi mendengar ceramah agama. Baru malam tadi saya diberikan hidayah dan saya sangat bersyukur kepada Allah atas sebab itu. "Ya Allah, janganlah Engkau putuskan hidayah yang Engkau berikan kepadaku" Amiin.

Setakat ini sahaja untuk kali ini. Fikir2kanlah isi yang ingin saya sampaikan. Banyak lagi ilmu yang saya belajar dari Ustaz Ismail malam tadi. Nanti saya akan sampaikan lagi dalam sesi akan datang. Saya ingat lagi kawan saya berpesan kepada saya: Ada 3 hak ilmu yang mesti kita tunaikan: 1. Beramal dengannya 2. Istiqamah 3. Sampaikan kepada yang lain. Barulah sempurna ilmu yang kita pelajari jika kita menunaikan ketiga2 haknya.

Dengan ini, kita jumpa di lain hari. Assalamu'alaikum.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada rakan saya, Dr. Lukman Ismail, yang telah berjaya dalam phD beliau. Alhamdulillah, bertambahlah ilmuan Islam di muka bumi Allah ini.


posted by toriq @ 07:01  
About Me

Name: toriq
Home: Kajang, Malaysia
About Me: I like to be me.
See my complete profile
Previous Post
Archives
Credit

Isnaini