Welcome to toriq's blog

Membangun Bersama Islam

 
Song of the day

Mawlay - Muhammad al-Husayyan

Tagboard
Last Comments
Friends

Ihab

Hata

Nad

Yasmin

Khalique

Fauzan

Syazwan

MiruL

Acap

Atoy

Leman

Ipe

Joned

Hazri

Kuzer

Pelajar ditegah berserban -- Bukan sebahagian daripada pakaian seragam sekolah – Hakim
Thursday, July 13, 2006
Petikan dari utusan:

PUTRAJAYA 12 Julai - Islam bukan hanya setakat serban dan janggut, demikian menurut Mahkamah Persekutuan ketika menolak rayuan tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Serting di Negeri Sembilan yang dibuang sekolah sembilan tahun lepas kerana enggan menanggalkan serban mereka.

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abdul Malek Ahmad sebulat suara dalam keputusan mereka bahawa bukan semua amalan atau cara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. mengikat umat Islam dari segi undang-undang atau agama, malah ada yang bukannya menjadi pilihan dan untuk diikuti.

Dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamed berkata, bahawa daripada pandangan Islam, amalan memakai serban bukannya satu perkara besar, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak bawah umur.

"Daripada apa yang saya dapat pastikan, al-Quran tidak menyebut mengenai pemakaian serban. Saya tahu bahawa Rasulullah memakai serban. Tetapi baginda juga menunggang unta, membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi.

"Adakah itu bermakna bahawa menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang? Wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah untuk membina rumah dan masjid seperti di zaman baginda?" kata Abdul Hamid dalam penghakimannya yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Kamaruddin Kamsun.

"Soalnya ialah sama ada pemakaian serban oleh kanak-kanak lelaki sebaya usia perayu (dalam kes ini) merupakan satu amalan dalam agama Islam. Islam bukan sekadar memakai serban dan berjanggut. Arab jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesar dalam masyarakat itu, berbuat demikian," kata Abdul Hamid.

Katanya, serban bukan hanya dipakai oleh orang Arab.

Orang lain yang tinggal di padang pasir seperti kaum Afghan dan Parsi juga memakai serban, katanya.

"Malah, sesiapa sahaja yang pergi ke Mekah akan dapati bahawa sehelai kain, biar atas nama apa sekalipun untuk menutup kepala dan muka daripada panas matahari, cuaca kering dan debu, amat berguna.

"Sekarang ini, berdasarkan reka bentuk dan cara memakainya, serban melambangkan bangsa pemakainya, umpamanya sama ada mereka itu orang Arab Saudi, Afghan, dari Sudan, dari Oman dan sebagainya. Serban telah menjadi sebahagian daripada pakaian rasmi negara ini.

"Apa yang turut menarik ialah sehingga sekarang ini pun tidak ramai daripada mufti kita dan hampir tiada hakim Mahkamah Syariah memakai serban," kata Abdul Hamid.

Pelajar-pelajar itu, Meor Atiqulrahman Ishak serta Syed Abdullah Khaliq Aslamy Syed Ahmad Johari dan adiknya Syed Ahmad Syakur, masing-masing berumur 11, 9 dan 8 tahun ketika itu, membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 2004 yang mendapati guru besar sekolah berkenaan mempunyai kuasa untuk menyingkir mereka daripada sekolah kerana enggan menanggalkan serban.

Menerusi penjaga dan bapa mereka, Syed Ahmad Johari Syed Mohd, mereka menyaman guru besar itu, Fatimah Sihi, selain menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai defendan.

Pada 6 Ogos 1999, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Mohd Noor Abdullah membatalkan arahan penyingkiran ketiga-tiga pelajar itu, yang dibuat pada 10 November 1997, kerana mendapati Fatimah tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

Keputusan Hakim Mohd Noor bagaimanapun diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 22 November 2004.

Dalam penghakiman hari ini, Hakim Abdul Hamid berkata, persoalan yang timbul ialah sama ada Peraturan-Peraturan Sekolah 1997 yang melarang pemakaian serban oleh pelajar sebagai sebahagian pakaian seragam sekolah, melanggar atau tidak Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Pada pendapat saya, sama ada sesuatu amalan itu sebahagian atau bukan sebahagian daripada sesuatu agama itu bukanlah satu-satunya faktor yang perlu dipertimbangkan. Saya lebih suka kepada pendekatan berikutnya.

"Pertama, mesti ada agama. Kedua, mesti ada amalan. Ketiga amalan itu adalah amalan agama berkenaan.

"Setelah semuanya dibuktikan, mahkamah perlu pula menimbang mengenai pentingnya amalan itu kepada agama. Di sinilah persoalan sama ada amalan itu berbentuk wajib atau bahagian yang penting kepada agama itu atau ia tidak menjadi relevan" katanya.

Beliau berkata, jika amalan itu berbentuk wajib atau menjadi sebahagian penting agama itu, mahkamah perlu memberinya lebih perhatian, dan jika tidak, serta berdasarkan tahap pentingnya, mahkamah tidak perlu sangat mengambil kira.

"Larangan bagi amalan yang wajib seharusnya dilihat secara lebih serius lagi berbanding larangan kepada amalan yang sunat. Walaupun jika kita menerima pendapat bahawa memakai serban adalah sunat, ia tidaklah setaraf solat sunat." katanya.

Hakim Abdul Hamid berkata, faktor kedua yang diambil kira oleh mahkamah adalah sejauh mana larangan itu dibenarkan oleh peraturan.

Dilarang

"Pelajar-pelajar itu dilarang memakai serban sebagai sebahagian daripada pakaian seragam sekolah. Mereka tidak dilarang memakainya pada masa yang lain. Malahan, di sekolah, mereka tidak dilarang memakai serban ketika bersolat.

"Patutkah mereka dibenarkan memakai jubah semasa bermain bola sepak kerana amalan Rasulullah ialah memakai jubah?'' katanya.

Lagipun, kata Hakim Abdul Hamid, tidak ada apa-apa yang menyekat perayu daripada berpindah ke sekolah lain, umpamanya ke sekolah pondok, yang membenarkan mereka memakai serban.

"Kita tidak boleh ketepikan sistem pendidikan kita yang membantu membentuk minda kanak-kanak Malaysia membesar menjadi rakyat Malaysia. Tokoh-tokoh pendidikan kita perlu diberi pujian dan rasa hormat kerana merangka beberapa peraturan sekolah demi kepentingan semua pelajar, masyarakat dan negara akhirnya.

"Lihatlah kepada tiga perayu ini. Semasa zaman mereka membesar, apabila mereka sepatutnya hadir ke sekolah dengan berdisiplin dan menghormati guru, mereka disuruh menghabiskan zaman itu dengan cara yang berbeza daripada pelajar lain, tidak mengendahkan peraturan sekolah, mengingkari guru, menentang pihak berkuasa, semata-mata kerana Syed Ahmad, yang disifatkan oleh hakim yang mengendalikan kes itu sebagai 'angkuh', yang mahu ketiga-tiga perayu itu memakai serban ke sekolah kerana serban itu adalah lambang keluarganya.

"Mengambil kira semua faktor ini, saya dapati Peraturan-Peraturan Sekolah 1997 tidak melanggar Perkara 11 (1) Perlembagaan," kata Abdul Hamid.

Hakim Abdul Malek Ahmad dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim, yang bersidang bersama-sama dengan Hakim Abdul Hamid, bersetuju dengan keputusan itu.

Perayu diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Muhammad Firdaus Zakaria manakala Peguam Kanan Persekutuan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Azizah Nawawi mewakili responden.

- Bernama

Komen pendek: isk isk isk... hanya mampu menggeleng kepala jer.. Malaysia = negara Islam ??!!^^**

p/s: kepada yang bagi email kat saya, maaf sangat2 tak dapat balas email secepat mungin sebab minggu nih sibuk sket.. ader assignment banyak.. sob sob sob..
posted by toriq @ 20:44  
Italy Won!!!
Sunday, July 09, 2006
Assalamu'alaikum...


soccernet
source: http://soccernet.espn.go.com/section?id=worldcup&cc=5739

Italy won the world cup for the fourth time.. yeay yeay! I'm happy for them...

Habis lah Mak Nyah yang kena belasah ngan kawan2 dia sebab predict Italy akan menang (baca utusan semalam)... Adeiii.. utusan2... berita2 camtuh pun leh letak... hanya mampu menggeleng kepala jer..

This week I have to take history from 2 obese patients and write an essay/report about them.. sigh.. I hate portfolio... I will also be doing lots of venepuncture (blood taking) this week~ yeay! really hope that I will be enjoying myself this week...

zidane???!!!*!!##!^^
soccernet
source: http://www.mercurynews.com/mld/mercurynews/sports/15001723.htm

Till then,
Salam,
toriq
posted by toriq @ 23:16  
Qada' dan Qadar
Saturday, July 08, 2006
Sila ikuti perbincangan ini dan tulis la komen apa2 yang patut.

Assalamualaikum Dr Danial.

Saya mempunyai soalan tentang Takdir dan ketentuan. Kekeliruan yang merupakan persoalan kecil sahaja tetapi telah menimbulkan kekeliruan dikalangan beberapa rakan saya. Mereka menanyakan tentang soalan sebegini "sekiranya Qada' Qadar, telahpun ditetapkan perjalanannya oleh Allah, bagaimanakah hal membunuh diri? Adakah hal membunuh diri itu juga merupakan hal yang telah ditetapkan?. Sedangkan Islam menegah manusia membunuh diri yang secara halusnya seakan-akan menunjukkan bahawa kita berkemampuan untuk menentukan perjalanan kematian itu sendiri. Tidakkah itu bertentangan Islam bahawa kematian itu ditangan Allah". Saya amat bimbang dengan soalan itu dan saya telah berjanji untuk mencari jawapan bagi sahabat saya itu. Bolehkah tuan membantu saya?

Sekian dari Skid.

JAWAPAN DR DANIAL:

Memahami konsep Qada dan Qadar dengan betul akan membantu kecemerlangan anda. Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Contohnya, adakah Allah telah menetapkan seseorang akan membunuh diri dan dia tidak dapat mengelakkan dirinya dari kejadian itu? Syed Sabiq di dalam kitabnya 'Al-Aqaid Al-Islamiyah' berkata: "Imam Al-Khathabi telah berkata: 'Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..' Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu sendiri.

Hal ini dapat dikiaskan dengan seorang pakar bedah yang telah memeriksa pesakitnya yang mengadu demam dan sakit perut selama beberapa hari. Berdasarkan ilmu dan penelitian, pakar itu, walaupun belum lagi melihat apendiks pesakit yang berkenaan, telah merumuskan pesakit itu sebenarnya sedang menghidap penyakit radang apendiks. Beliau pun terus melakukan pembedahan dan memang benar, apendiks pesakit yang berkenaan telah bernanah dan perlu dibuang. Boleh kah kita menghukum pakar bedah ini sebagai penyebab pesakit itu menghidap penyakit radang apendiks semata-mata kerana beliau dapat mendiagnosis dengan tepat? Sudah tentu tidak. Demikianlah juga dengan Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. PengetahuanNya yang tanpa batas bukan bermaksud pemaksaanNya ke atas hamba-hambaNya.

(Jawapan diambil dari "Empayar Minda Muslim" oleh Dr Danial). Semoga bermanfaat.
posted by toriq @ 12:09  
Keluar dari kepompong
Saturday, July 01, 2006
As'kum,

Yeay!!! ni first post selepas dah lama dah membekukan blog nih... hehehe.. thanx la kepada sumer yg masih sudi masuk blog nih walaupun tak update2.. hehehe..

Well, next week dah start class balik... and, I'm officially 4th year on monday!! yeay yeay!! hahaha.. Congrats juga untuk nad sebab berjaya masuk 4th year jua...

Untuk Year 4 nih, kitorg ader 3 blocks.. so, for my first block, 3 minggu buat General Practice (GP) attachment, 3 minggu Neurology dan 6 minggu Psychiatry... adeiii.. nak cuti lagiii.... waaaa... org lain sumer sedang seronok2 cuti summer, but me? kena gi kelas!! waaa...

Well, misteri untuk di solve kan minggu ini adalah: Siapakah riema????

Untuk sumer rakan2 bloggers, pasnih akan lawat blog2 anda pula.. entry kali nih takder bende menarik pun.. just pembuka kata jer boleh? huahuahau...

Menyokong Amoun dgn curse Elhud Olmert ngan syayatheen nyer...

Satu lagi, mawi putus tunang kah?? so, peminat2 mawi (Amoun, nad, szakif etc), ape cerita nih????

p/s: I'm so sad because Argentina lost to Germany... :'(

Salam,
toriq
posted by toriq @ 11:43  
About Me

Name: toriq
Home: Kajang, Malaysia
About Me: I like to be me.
See my complete profile
Previous Post
Archives
Credit

Isnaini