Welcome to toriq's blog

Membangun Bersama Islam

 
Song of the day

Mawlay - Muhammad al-Husayyan

Tagboard
Last Comments
Friends

Ihab

Hata

Nad

Yasmin

Khalique

Fauzan

Syazwan

MiruL

Acap

Atoy

Leman

Ipe

Joned

Hazri

Kuzer

Thursday, April 29, 2004
Guess What?? Today I eat bacon......

Hehe. Mesti semua orang terkejutkan bila baca topik kat atas? Hmm.. sebenarnya memang betul pun. Hari ni, aku rayau2 kat tesco. Sekali ternampak kat reduced price section, ader potato with bacon and cheese. So, beli jer la. Murah sangat. Mesti korang ingat aku gila and dah melampau kan? Hahaha... best2.. sukanya dapat main2kan perasaan orang.. huhu.. Well, memang betulpun aku makan bacon, cuma bacon yang diperbuat daripada soya la. Maksudnyer bacon tuh khas untuk vegetarian yang tak boleh makan daging. So, ni bacon yang halal tau. Hehe... Giler tak aku. Takder bende lain ker nak rasa. Ada ker nak gi rasa bacon. Sebenarnya, sebelum beli vegetarian bacon nih, berpuluh2 kali aku pikir, nak beli ker tak. Pikir punyer pikir, apa salahnya. Bukan haram pun. Disebabkan aku curios sangat nak tahu camner rasa bacon, tuh yang ak beli tuh... Hehehe.. camner ek rasa bacon? hmm.. susah aa nak describe.. nak kata lebih kurang macam ayam, tapi tak jugak... ntah la.. kalo nak tahu, beli la lepas nih.. tapi pastikan bende tuh vegetrian ok? hehehe...

Errm.. sebenarnya banyak lagi nak tulis.. Tapi, takder masa. Maybe weekend nih dapat tulis macam2 yang dah lama terpendam kat hati ni.Sekarang sibuk sangat. Minggu nih jer kena siapkan 2 assignments yang nak kena hantar minggu depan. So, setakat nih jer la dulu yer..

Wassalam.
posted by toriq @ 16:21  
Monday, April 26, 2004
Assalamualaikum,

Ni ader kawan bagi email.. so, sesapa yang tak dapat lagi.. try la buat bende nih..

"Assalaamu'alaikum People!
People in Google do have a huge sense of humour
(I do think so) or they know how to joke properly or
cynically, which I do think so *wink*. Try this in
Google search, type --> "weapons of mass destructions"
& click "I'm feeling lucky" button. See & read
properly the site. Have fun! =D"


Wallahua'lam
posted by toriq @ 20:12  
Sunday, April 25, 2004
Assalamualaikum,

Hmmm.. lama rasanya tak tulis something kat sinih.. so, tetiba hari ni terasa nak tulis sesuatu..

Tadi baru jer lepas keluar city... pasal nak beli cap... rambut dah panjang, so kena guna cap bila keluar jalan2.. kalo tak, habis berserabut bila angin tiup... hehe.. nak potong rambut, tapi... nantila... nak tgk macam mana rupa aku bila rambut panjang.. :)

Yang bestnye hari ni, cuaca kat luar la.. BEST! lebih kurang cam kat malaysia.. hari nih mmg mencatatkan sejarah kerana first time aku berpeluh ketika berjalan dekat edinburgh nih.. huhuhu... cuma, nampaknye, orang2 kat sinih mmg sgt suka akan panas... mana taknyer, baru hari ni panas, habis penuh garden dgn manusia... diorg mmg suka baring2 kat situh.. n bermacam2 ragam la.. yang tak pakai baju nyer lah... yang bermesra dgn awek lah.. yang tidur n berjemur nyer lah.. macam2.. ... isk2... bertambah2 lah maksiat kat garden yang sebelum nih suci... ni lah peradaban barat kalo korg sumer nak tahu... well, sbnrnye nak tangkap gambar bagi korg tgk sket pemandangan kat garden nih, masalahnye takder kamera la plak.. so, lain kali jer lah ye...

Ok la.. takder idea nak tulis aper.. ooohh ye, tetiba ader org tanya aku apa hukumnya kalo kita berdoa moga cepat mati... apa hukumnyer ye?? haa.. kalo nak tahu, visitlah ruangan 'Islam'.. ok? and kalo ader pandangan peribadi, bolehla isi kat tpt comment tuh..

Wassalam....
posted by toriq @ 16:27  
Thursday, April 22, 2004
Assalamualaikum,

Aku teringat message yang aku terima semalam...

" Positive Thinking goes like this :

A little bird in the sky. U look up and it shits in your eye....

U don't mind and U don't cry... U just thank GOD that

cows don't fly "


Terus aku tergelak selepas membaca msg nih.. Namun, setelah beberapa ketika, aku berfikir kembali... Rupanya, ada pengajaran yang hendak disampaikan melalui msg yang simple ini... Ianya bukanlah hiburan semata2. Sekiranya kita berfikir sejenak, sebenarnya semua perkara yang dijadikan Allah ada hikmah tersendiri... Lihat sahaja durian.. kenapa Allah jadikan durian berduri? bukankan ianya hanya akan menyusahkan kita untuk membukanya? Sememangnya pokok durian sangatlah tinggi.. Sekiranya Allah jadikan kulit buah durian itu sama seperti buah tembikai, nescaya akan pecahlah buah durian itu sebaik sahaja ia jatuh ke tanah... Bijak tak Tuhan kita? Kemudian, ada pula yang mengatakan mengapa Allah jadikan pokok durian tinggi2 ? Kalau rendah, kan senang kita nak petik ? Hmm... Pasti ada hikmah di sebaliknya... Aku sendiri tidak dapat menjawab soalan itu.. namun, aku yakin pasti ada jawapan tersirat yang masih tidak mampu aku fikirkan.

Allah anugerahkan akal kepada manusia. Gunakanlah ia sebaik2nya. Sentiasalah berfikir mengenai kejadian alam ini.. Sesungguhnya dengan cara inilah kita akan sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Dia berikan. Ini sedikit sebanyak dapat merapatkan lagi hubungan kita denganNya.

Wallahua'lam.

posted by toriq @ 17:59  
Wednesday, April 21, 2004
Assalamualaikum,

Sedang membaca artikel2 di internet, saya tertarik dengan satu artikel mengenai 'Produk Tiruan'.


"PADA November 2003, seorang pemuda di Bangkok, Thailand cedera apabila bateri telefon bimbit ``berjenama'' yang dibelinya tiba-tiba terbakar dan meletup. Beliau agak bernasib baik kerana pelindung telefonnya telah berjaya menyelamatkannya daripada cedera parah.

Bagaimanapun, nasib lebih buruk menimpa seorang budak lelaki berusia 18 tahun di Kedah.

Dia mengalami keadaan separuh buta selepas terkena serpihan bateri telefon bimbitnya yang meletup secara tiba-tiba ketika dicaj di rumahnya.

Dua kes di atas adalah antara contoh kejadian buruk dan igauan ngeri yang dialami akibat penggunaan barangan tiruan.

Tentunya banyak lagi kes-kes yang melibatkan ke san penggunaan barangan tiruan yang tidak dilaporkan."



Diharap kisah di atas dapat memberikan sedikit sebanyak pengajaran kepada kita. Secara tidak sedar, rupanya ada bahayanya barang2 tiruan yang kita beli. Utamakanlah kesihatan anda berbanding nikmat dunia yang hanya dikecapi sementara ini.

Bercakap mengenai kesihatan, teringat dengan satu hadis di mana ia menyatakan :

Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara. Rasanya semua tahu hadis ni kan... salah satu perkara yang disebutkan adalah sihat sebelum sakit..Apa rasionalnya? Sekiranya kita sihat, maka mudahlah bagi kita untuk menunaikan segala yg diperintahkan oleh Allah kepada kita. Janganlah bila kita dah sakit nanti, baru kita ingat Allah. Sentiasalah mengingati Yang Esa setiap masa. Sekiranya kita senantiasa mengingatiNya, nescaya pasti Dia akan senantiasa mengingati kita.

Wassalam.
posted by toriq @ 12:59  
Tuesday, April 20, 2004
Assalamualaikum,

Firstly, minta maaf banyak2 la kerana tak dpt nak post gambar2 kat st andrews semalam... pasal tetiba ada hal lain yang berlaku menyebabkan takde masa nak post semalam... sebenarnye citer dia macam nih... masa gi st andrews tuh, pinjam camera eliza, senior setahun kat edinburgh nih... pastuh semalam gi la flat dia nak pulangkan camera dia..sekali tetiba dia suruh tolong dia masak untuk besday kawan dia(nawirah.. senior kat sinih gak..) nak taknak terpaksa la tolong dia masak... pastuh, join besday celebration tuh... pukul 11 malam baru balik... so, tak sempat nak post gambar2 kat st andrews... so, ari nih dah post dah.. kalo nak tgk, click la link 'My Pictures'.... :)

Alhamdulillah, sudah selesai hadis 40 karangan Imam nawawi dipublished... selepas ini, akan disiarkan pula perkara2 lain yang berkaitan dengan Islam...
posted by toriq @ 15:29  
Monday, April 19, 2004
assalamualaikum,

weekend yang lepas, i went to st andrews.. jumpa kawan kat sana.. kesian dekat dia coz kat sana dia seorang jer lelaki dari malaysia dalam satu st andrews tuh... so, saja la melawat dia.. sambil tuh, dapat la tangkap gambar2 dekat situh... insyaAllah, i will put those pictures this evening... hmm..di sana, me n my fren, tomok (nama sbnr asrar) keluar lah gi jalan2 kat city, padang golf etc. st andrews nih betul2 tepi laut... best la kalau nak belajar dekat situh.. nyaman jer setiap hari... pastuh, petang tuh kitorang main ping-pong sesama.... nampaknye, kali ini kemenangan berpihak kepada dia.. hmm.. takpe2, tomok, lain kali kita lawan lagi ... huhu...

st andrews n edinburgh ni dekat jer.. tepat2 1 1/2 jam menaiki bas.. cuma bandar dia nih kecik jer... n takder benda sangat pun kat situh.. macam tanjung malim jer.. haha.. cuma, cantik aa view kat situh...mana taknyer, dah mmg betul2 kat tepi laut.. apa2 pun, weekend nih best... takder la bosan duduk dalam bilik jer.. hehe..

anyway, kalau nak tgk gambar2 dekat st andrews, tunggu.... :)

wassalam

hmmm.....
Lupa nak cakap... Link 'Islam' akan sentiasa diupdate... InsyaAllah... So, bila singgah my site... Jangan lupa click link 'Islam", kay? Semoga kita sama2 dapat menambahkan ilmu dalam agama Allah ini... Semoga kita sentiasa ingat yang kehidupan di dunia ini hanya sementara, kat akhirat nanti yang akan kekal abadi.. and bagaimana kehidupan kita di akhirat kelak akan ditentukan oleh bagaimana kehidupan kita di dunia Allah ini... adakah kita sentiasa beribadat kepada Allah? adakah ibadat kita cukup? adakah kita berjaya meninggalkan segala larangan Allah dan megikut segala perintah Allah? sentiasalah bermuhasabah diri kita...
posted by toriq @ 14:16  
Friday, April 16, 2004
Assalamualaikum,

Kehidupanku hari ini sama sahaja seperti hari2 yang lain. Pagi pergi ke kelas, then balik rumah. Bezanya hari ni hari Jumaat. So, lepas solat Jumaat, kebiasaannya orang2 malaysia di edinburgh akan berkumpul di hadapan masjid and bertanya khabar masing2. Best.. ini merapatkan lagi hubungan di antara kami... walaupun weekend nih takde kelas, tapi mesti ader bende lain nak kena settlekan. baru satu minggu kelas macam2 perlu buat... kena revise balik sumer bende yg dah dibelajar, kena start buat essay(homework), kena cari bahan untuk group discussion next week (CBL), kena baca banyak bahan untuk persediaan sebelum meng'interview' elderly patient, dan macam2 lagi... ni baru first year medic... belum 3rd,4th n 5th year lagi... penat2.. tapi takpe, lagi 2 bulan i will go back to malaysia.. tak sabar rasanya nak tunggu time tuh tiba... dah lama rasanya tak menghirup udara kajang.. dah lama rasanya tak tengok rumahku syurgaku tu.... dah lama tak makan satay kajang... dah lama tak makan apam balik, kueh teow, cendol etc.... "sabar2.. sket lagi jer nih".bisik hati kecilku....

Baru jer letak gambar2 dalam bilikku kat edinburgh nih... kalau nak tengok, sila klik link 'My Pictures'. Bersihkan my room? hahaha....

Okla... sampai sini sahaja catatanku... sekiranya pembaca sekalian ingin menambahkan ilmu Islam, silalah ke link 'Islam'. Hadis 40 Siri ke-5 sudah dipublished.... selamat membaca...

Wassalam..
posted by toriq @ 21:52  
Thursday, April 15, 2004
Assalamualaikum,

Today was a very busy day for me. I got class from 9 am till 5 pm. Well, to be specific,in the morning, i just got one lecture from 9am till 10am.. but then, there was a feedback of last term exam from my lecturer.. it lasted for about 40 minutes... after that, i had a break till noon. My second lecture started at 12pm and finished at 1pm... at 2pm, i got a group discussion with my tutor at the hospital. I have to take bus to go to the hospital because it's quite far from the medical school. So, I need to rush because I also need to perform Zohor prayer before going to the class... it ended about 3.15pm.. at half past three, i got clinical skills until 5pm... at last, i can go back to my room.... yippie... hehehe... (this was just a typical day of me during term time..... busy right?)

I have updated the Islam corner with hadis 40 [siri 4]... I hope all the hadis there will give some advice not just to me but also to all the readers in our daily lives. May God bless us all... Amiin....

Wassalam...

posted by toriq @ 22:49  
Wednesday, April 14, 2004
Assalamualaikum,

Semoga pelawat2 sekalian dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca Hadis 40 karangan Imam Nawawi, Hadis ke-11-ke-15 [siri 3].
Semoga menjadi panduan kepada kita semua. InsyaAllah

Wassalam
posted by toriq @ 07:28  
Monday, April 12, 2004
Assalamualaikum,

Hari ni start kelas yang pertama untuk term 3. First lecture belajar pasal embryology of the human kidneys. Setiap hari mesti banyak sangat benda2 baru yang akan dipelajari. So, makin hari saya makin sibuk. Makin jarang la online msn messenger and surf net. Namun, saya akan cuba update blog ini terutamanya ruangan 'Islam' agar dapat menjadi panduan kepada saya dan semua pelawat. Sesungguhnya, kita juga perlu menambahkan ilmu kita mengenai Islam agar tahap iman kita dapat ditingkatkan. InsyaAllah.

Semoga saudara2 seIslam saya dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca hadis ke-6 hingga ke-10 [Siri 2] dalam Kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi di link Islam.

Wassalam.
posted by toriq @ 22:30  
Sunday, April 11, 2004
Assalamualaikum,

I have just uploaded my pictures in Galway. Enjoy looking at them!!! :)

Wassalam
posted by toriq @ 15:16  
Assalamualaikum,

Hari ni baru jer updatekan ruangan "Islam". Tajuk article pada kali ini adalah Hadis 40 karangan Imam Nawawi [Siri 1]. Silalah ke link Islam
posted by toriq @ 08:23  
Saturday, April 10, 2004
Assalamualaikum,

My academic term is going to start in 2 days. This term I need to work harder because my last term results dropped drastically. At first, I was so sad and shocked as well when I got my result. I never ever thought of getting such results. But, nevermind. I just have to forget about the past.Nothing I can do about it. I still can do better next time. At least, I passed the exams. Due to that, this term (term 3), I'm going to work as hard as I can to ensure that I will get good results which can satisfy myself. Wish for my success,kay?

Well, I have updated the 'Islam' corner with an article entitles 'Lelaki Acuan Al-Quran'. I hope it will benefit all the readers especially my friends who visit my site. God bless us all. Amiin.

I still haven't put up my pictures in Galway,Ireland. Well, may be I will do that tomorrow. Just wait for the pictures, ok?

Ok. That's all from me.

Wassalam
posted by toriq @ 19:17  
Friday, April 09, 2004

HAPPY BIRTHDAY KAKZAH !!!!




Assalamualaikum,

Today is my sister's birthday. Her name is Azah Kharuddin, age 25 n still has not married yet..huhu.. but i dont know about her status.. i dont think she is still available right now..sorry guys... hehe... i called her KakZAh.. Heppy Besday KakZah!! Sorry, i can't give you a present ..we're so far apart... maybe later when i come back, ok?

Well, today, aisyah, ude, lydia n their friends are coming to edinburgh.. so, i have to bring them around the city so that they know how beautiful edinburgh is... i plan to bring them to arthur's seat n cartlton hill... i hope they like it... and tonight, i will cook dinner for them.. wish me luck guys... hehe...

well,i'm going to have a bath now.. see ya..

Wassalam
posted by toriq @ 07:14  
Thursday, April 08, 2004
Kisah Allahyarham Mohd Farid Ibrahim Meninggal Dunia Dibunuh Senior Baru2 Ini

Diceritakan oleh saudara muhannad, rakan seperjuanganku yang mengenali diri Allahyarham. Silalah ke link Islam.

Selamat Membaca. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua. Terima Kasih kepada saudara muhannad kerana sudi berkongsi kisah yang amat memilukan ini bersama semua pembaca.
posted by toriq @ 12:29  
Wednesday, April 07, 2004
Assalamualaikum..

It has been quite a long time since i have not updapted my blog. Well, I just came back to edinburgh this morning. I didn't sleep at all last night because my flight back to edinburgh was very early in the morning. So, after I reached my room, I went straight away to bed. I have put some pictures that I took in Dublin. Enjoy!!

I really like Ireland because there are a lot of malaysians there. I have been to Dublin n Galway. Galway is so beautiful. I'm still tired right now so I will put my pictures in Galway later ok?

That's all from me. See ya. :)
posted by toriq @ 22:51  
Friday, April 02, 2004
Assalamualaikum...

Sekarang nih dekat computer lab dekat Dublin University. Tadi baru jer lepas dengar lecture kat sinih.. saja nak compare dengan my university. Best jugak la lecture diorang. Cuma masalahnya lecturer kat sinih tak pakai microphone. So, kengkadang tuh terlepas dengar gak apa yg lecturer diorang cakap. Kat Dublin nih tak boleh online sangat pasal banyak lagi benda lain yang nak buat. Nak merayau lagi. Huhu.. So, blog nih tak dapat nak diupdate dengan lebih kerap. InsyaAllah, I will add more pictures of me after I go back to edinburgh, which is on the 7th of April. Ok la. sampai di sini saja. jumpa lagi di lain catatan.

Wassalam
posted by toriq @ 10:41  
Thursday, April 01, 2004
Assalamualaikum,

Hari ni nak gi Ireland... flight pukul 11 pagi..so, nak kena keluar bilik pukul 8.30 pagi... jadi, tak sempat nak perbetulkan link 'About Me'... pasal ramai yang bagi tau link tuh rosak...nanti la, bila ader masa i will fix it.. pasal ruangan Islam tuh, mmg nak update tapi takder masa lagi... yerla, sekarang tengah sibuk dengan buat website ni kan... nanti2 la insyaAllah I will add some more islamic knowledge there... ok la.. nak bersiap2 nak berangkat ke ireland.. nanti dah sampai ireland nak tulis lagi.. :) ... haa.. lagi satu, i have added more pictures of me n my frens... enjoy!!!!
posted by toriq @ 06:34  
About Me

Name: toriq
Home: Kajang, Malaysia
About Me: I like to be me.
See my complete profile
Previous Post
Archives
Credit

Isnaini