Welcome to toriq's blog

Membangun Bersama Islam

 
Song of the day

Mawlay - Muhammad al-Husayyan

Tagboard
Last Comments
Friends

Ihab

Hata

Nad

Yasmin

Khalique

Fauzan

Syazwan

MiruL

Acap

Atoy

Leman

Ipe

Joned

Hazri

Kuzer

Tuesday, January 15, 2008
The Messenger of Allah (PBUH) was asked about observing As-Saum (the fast) on the tenth day of Muharram, and he replied, "It is an expiation for the sins of the preceding year." [Muslim]. " If I remain alive till the next year, I shall also observe fast on the ninth of Muharram." [Muslim]

The ninth of Muharram will be on Thursday 18/1 & the tenth of Muharram will be on Friday 19/1, enshaAllah!
posted by toriq @ 17:13  
Zhikr of Allah with nasheed and ahadeeth
Monday, October 01, 2007
Video youtube yang menginsafkan...

Tutup dulu nasyid kat sebelah ye...

pastu, cubalah amalkan apa yang disuruh...

amalan yang sedikit tapi istiqamah yang penting...




salam,
toriq
posted by toriq @ 10:34  
Salam semua!!!!
Sunday, September 23, 2007
Salam,

Lama nya tak update blog nih... Well, sekarang nih I dont have internet at home. Sekrg juga tgh sibuk sesangat dengan kelas... Sebab tuh jarang betul masuk internet... Tapi, sebab dah lama sangat tak update blog, so here you go~~

Saja nak cerita sikit pasal Majlis Berbuka Puasa di Edinburgh yang diadakan malam semalam. Majlis boleh dikatakan sangat meriah, hampir semua warga edinburgh (Muslim Malaysians) telah menghadirinya.

Majlis dimulakan dengan tazkirah (peringatan) oleh Ustaz Radhi yang menceritakan sedikit sebanyak tentang perihal spiritual kita. Semoga kita dapat meningkatkan ibadat kita di bulan ramadhan ini dan mengekalkannya sehingga bulan ramadhan yang akan datang, lalu kita tingkatkan lagi.. dan kekalkan sehingga the next ramadhan.. and so on.. Dengan ini, iman kita pasti akan meningkat dari tahun ke tahun... sehingga kita sentiasa berusaha mendekat ALLAH.

Lepas sedikit peringatan, kami pun berbuka puasa dengan kuih-muih, dan kemudian bersolat maghrib berjemaah. Selepas itu, kami pun menikmati pelbagai jenis juadah yang disediakan oleh pihak EMSA Family.

Namun, majlis terpaksa ditunda awal pada malam tersebut kerana bekalan elektrik terputus. Walaupun demikian, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Dijemput melihat gambar-gambar yang sempat saya ambil semalam di http://pull007.fotopages.com/

Salam,

Toriq
posted by toriq @ 07:37  
Nafsu
Tuesday, July 10, 2007
Assalamu'alaikum,

Entry kali nih saya nak sentuh sikit pasal nafsu. Al-maklum, mmg sukar sangat2 untuk kita sentiasa mengingati Allah. Kalaulah kita mengingati Allah setiap saat, tentu satu perkara buruk pun (i.e. mengumpat, mengutuk, lambatkan solat, buat perkara lalai etc...) kita takkan lakukan. Sedar tak sedar, balik2 kita mesti salahkan nafsu.

Saya pun selalu salahkan nafsu. Sebab nafsu makan la saya makan banyak, sebab nafsu berbelanja la saya suka membazir.

Tapi, kita perlu ingat, kita manusia mmg memerlukan nafsu. Kalau tiada nafsu makan, camner kita nak makan? Kalau tiada nafsu seksual, bagaimana kita nak melahirkan zuriat? Kalau tiada nafsu berbelanja, bagaimana kita nak beli makanan?

Jadi, patutkah kita salahkan nafsu? Lupakah kita apa yang mengawal nafsu? Fikir2kan lah...

to kaklong, saya takder banyak sangat info pasal syiah di Malaysia. Nanti saya kupas sedikit sebanyak pasal syiah pada entry akan datang yer..

Salam,
toriq
posted by toriq @ 16:06  
More Dunya', More Problems
Tuesday, June 26, 2007
Assalamua'laikum to all readers,

It has been a long time since I updated this blog and here I am now, writing a piece of advice to me especially, and to everyone who could benefit from it. I created this blog a few years back just for one reason: as a platform to remind myself about ISLAM so that I can hold tight to the Rope of ALLAH (which is VERY VERY DIFFICULT to do these days). I hope that others would gain something from it too.

Anyway, malam tadi, saya pergi mendengar ceramah di surau yang disampaikan oleh Ustaz Ismail K. Walaupun cara penyampaiannya lembut dan bersahaja, tetapi isi2 yang disampaikan meresap masuk ke dalam setiap hati yang mendengarnya. Namun, apakan daya. Kita kan manusia. Lemah. Masa tu jer insaf, lepas tuh pasti akan lupa balik dalam masa beberapa saat sahaja. Sebab itulah saya nak tulis kat sini mengenai isi ceramah tersebut sebab kalau saya lupa, boleh lah saya rujuk kat sini semula.

Ustaz Ismail kata, zaman sekrg nih masa berlalu dengan cepat sekali. Seminggu macam sehari , sehari pula terasa macam sejam sahaja. Lalu dibacakan la hadis yang berbunyi:

"Tidak akan datang Hari Kiamat melainkan sehingga masa menjadi pendek, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam pula seperti percikan api"

Rasanya semua pernah mendengar hadis ini. Dan pasti semua akan bersetuju dengan statement hadis tersebut. Memang saya pun terasa masa berlalu semakin hari semakin cepat. Tapi, kenapa perkara ini berlaku?

Ustaz Ismail menjelaskan lagi, ini kerana manusia zaman sekarang semakin jauh daripada Allah. Fikirkan perkara2 yang kita lakukan setiap hari. Bila kita sembahyang lima waktu, lima/sepuluh minit yang kita ambil terasa lama. Ataupun bila kita mendengar ceramah, sejam tuh kita rasa lama sangat. Siap dalam hati meronta2 "bila la nak habis nih". Ataupun apabila kita berpuasa, terasa lama, menunggu2 bila kita akan berbuka puasa, dan bila kita akan menyambut Aidil Fitri. Namun, apabila kita buat hal dunia, misalnya menonton tv, main game, main internet, sejam pun kita tak perasan.

Astaghfirullah, beristighfar lah banyak2 kepada Allah. Selama nih, rupanya saya memang dah lalai dgn dunia. Patutlah saya merasakan masa itu berlalu dengan cepat. Rupa2nya, sedikit sangat masa yang saya luangkan untuk beribadat kepada Allah. Sedar tak sedar, semakin hari semakin jauh saya daripada Allah. Na'uzubillah. Saya tak mahu jauh dari Allah lagi. Sekarang, saya mahu merapatkan lagi jurang tersebut. Semoga Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya kepada saya, ibu bapa saya, keluarga dan seluruh umat Islam.

Itulah pentingnya mendengar ceramah2 agama ni. Ia akan mengigatkan kembali siapa kita dan apa tujuan kita hidup di muka bumi ALLAH ini. Saya pun dah lama sangat2 tak pergi mendengar ceramah agama. Baru malam tadi saya diberikan hidayah dan saya sangat bersyukur kepada Allah atas sebab itu. "Ya Allah, janganlah Engkau putuskan hidayah yang Engkau berikan kepadaku" Amiin.

Setakat ini sahaja untuk kali ini. Fikir2kanlah isi yang ingin saya sampaikan. Banyak lagi ilmu yang saya belajar dari Ustaz Ismail malam tadi. Nanti saya akan sampaikan lagi dalam sesi akan datang. Saya ingat lagi kawan saya berpesan kepada saya: Ada 3 hak ilmu yang mesti kita tunaikan: 1. Beramal dengannya 2. Istiqamah 3. Sampaikan kepada yang lain. Barulah sempurna ilmu yang kita pelajari jika kita menunaikan ketiga2 haknya.

Dengan ini, kita jumpa di lain hari. Assalamu'alaikum.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada rakan saya, Dr. Lukman Ismail, yang telah berjaya dalam phD beliau. Alhamdulillah, bertambahlah ilmuan Islam di muka bumi Allah ini.


posted by toriq @ 07:01  
My favourite nasyid for the week
Wednesday, March 07, 2007
As'kum semua,

Maaf sebab lama tak update. Dan saya minta maaf sebab tak dapat nak teruskan perbincangan pasal bid'ah sebab saya bukanlah orang yang pakar dalam bidang nih. Takut2 tersalah berdosa pula. Saya rasa banyak site yang anda boleh pergi kalau nak tahu pasal bid'ah nih. Antaranya adalah website Faisal Teh Rani : http://tehranifaisal.blogspot.com/ .

Sekarang saya nak share lagu favourite saya minggu nih.. terimalah..

'Mawlay' by Muhammad Al-Husayyan

[CHORUS]
Mawlaya Salli Wassalim da-Iman Abadan
Ala Habi Bika Khairil Khalqi Kulli’mi [x2 (WHOLE VERSE)]

Muhammadun Sayyidul Kawnayni Wa-Thaqalain [x2]
Wal-Fareeqaini Min Urbin Wa Min-Ajami

[CHORUS]

Huzita Fil Lahilam Tuhzam Wa-Lam Tahimi [x2]
Hataa Ghuwadad Ummatal Islami Fi’nujoomi

[CHORUS]
[ Lyrics found on http://www.metrolyrics.com ]


Habiballah Rasoolallah Imam-al Mursaleen [x2]

Saraytan Haramin Laylan Ila Haramin
Kama Saral Badru Fi’tajin Mina’zulamin [x2 (WHOLE VERSE)]

Wa-bitatan Qa’ila Anil Tamin’zilatan [x2]
Min Qami’qaw Sayinal Tudrak Wa-lam Turami

[CHORUS]


Mawlay




Translation

Mawlaya..
My Lord...my pray and greet always..

Upon your beloved...the best among all humans
Muhammad...the master of both worlds
and both teams of arabs and non-arabs

You, Muhammad...
You have been hurt and bothered in Allah sake..
You never lost and gave up
And now (until) Islam Ummah (population) is in the Star
You traveled from one place to another..
As the moon travels in the dark
And you continued to rise until you gain a high position



Salam,
toriq
posted by toriq @ 02:29  
Introduction
Wednesday, February 07, 2007
Assalamu'alaikum,

Dewasa ini, isu wahabi semakin berleluasa di kalangan umat Islam. Org itu tuduh org ini wahabi, orang sana tuduh orang sini wahabi. Perkara ini amat menyedihkan saya. Apalah nak jadi dgn orang Islam. Semakin hari semakin berpecah. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w menyeru kepada perpaduan? Kenapa kita perlu sampai bermusuhan apabila ingin membincangkan tentang sesuatu perkara e.g. bid'ah sehingga membawa kepada pertuduhan dan fitnah?

Saya sendiri langsung tidak bersetuju 100% dengan aliran wahabi. Aliran wahabi inilah yang sebenarnya membawa perpecahan di kalangan umat Islam. Ada ke patut orang nak buka majlis dgn Al-fatihah dan tangguh dgn tasbih kaffarah + surah al-'asr pun dihalang? Wajarkah orang yang ingin menggunakan tasbih untuk berzikir dikatakan masuk neraka? Ini baru hal2 bid'ah. Bagaimana pula dengan isu shi'ah, di mana puak wahabi ini menghalalkan darah orang2 shi'ah. Adakah tindakan ini wajar? Orang shi'ah juga orang Islam. Ulamak2 sunni zaman sekrg ada yg mengatakan bahawa selagi seseorg shi'ah itu mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH, maka dia adalah Islam. Jadi, wajib ke atas kita org Muslim untuk menunaikan hak2 sesorg Muslim yang lain, walaupun dia seorg shi'ah, kerana dia juga beragama Islam.

Ingin saya petik Hadis ke-35 karangan Imam Nawawi bertajuk " The Rights of Brotherhood in Islam"

On the authority of Abu Hurairah, who said : the messenger of Allah said : "Do not envy one another; do not inflate prices one to another; do not hate one another; do not turn away from one another; and do not undercut one another, but be you, O servants of Allah, brothers. A muslim is the brother of a muslim: he neither oppresses him nor does he fail him, he neither lies to him nor does he hold him in contempt. Piety is right here-and he pointed to his breast three times. It is evil enough for a man to hold his brother muslim in contempt. The whole of a muslim for another muslim is inviolable: his blood, his property, and his honor." Related by Muslim.

Jadi, janganlah kita senang2 nak tuduh orang ni wahabi org tuh wahabi dsb sebab kalau dakwaan kita salah, bukankah ianya sudah menjadi satu fitnah? Lainlah kalau dia mmg dah mengaku yang dia wahabi, jadi, kalau tang tu memang kita takleh buat apa2 lagi dah.

Dalam isu bid'ah, terdapat 3 golongan.

1. Golongan yang sangat longgar terhadap perkara2 bid'ah.
2. Golongan yang sangat ketat terhadapat perkara2 bid'ah. (e.g. wahabi)
3. Golongan yang berada di tengah2, tidak memandang ringan terhadap isu bid'ah, dan tidak pula terlalu ketat dalam melaksanakan amalan2 agama.

Pada pendapat saya, kita tidak boleh memandang ringan terhadap perkara2 bid'ah ini, jadi kita kena elakkan diri kita daripada tergolong dalam golongan pertama. Namun, kita juga tidak boleh terlalu rigid, sehingga menghukum sesuatu amalan agama itu adalah satu bid'ah tanpa usul periksa. Sebaiknya, marilah kita berada di dalam golongan yang ketiga, golongan yg berada di tengah2.

Bagaimana caranya untuk menjadi orang yg tergolong di dalam golongan ketiga? Untuk tujuan ini, pertamanya, kita perlulah memahami konsep bid'ah. Apakah yang dimaksudkan dengan bid'ah? Bolehkah kita menjawab dengan tepat sekiranya soalan ini ditujukan kepada kita?

Yang keduanya, kita perlu tahu mengapa bid'ah itu bahaya. Bid'ah mmg bahaya, telah disebut di dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi. Kalau orang tanya kita kenapa bid'ah bahaya, boleh ker kita jawab? Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah menyebut perihal bid'ah, jadi mengapa baginda s.a.w begitu mengambil berat mengenai hal bid'ah ini?

Fikir2kanlah....

Salam,
toriq
posted by toriq @ 17:20  
About Me

Name: toriq
Home: Kajang, Malaysia
About Me: I like to be me.
See my complete profile
Previous Post
Archives
Credit

Isnaini